RKPYS Serap 2022-11-16T16:44:57+08:00

RKPYS SERAP

Skop / Kriteria / Keterangan Program

Murid yang berada di Sekolah Agama kelolaan JAIS (21 buah) dan Sekolah Harian (4 buah) diserap sebagai murid tajaan Yayasan Selangor

Syarat Program

    1. Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
    2. Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar.
    3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun.
    4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah isi rumah dalam tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
    5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
    6. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

Categories Pendapatan Kumpulan Sasar

  • Pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah isi rumah dalam tanggungan)  RM2,000.00 sebulan atau kurang

Kadar Bantuan/ Program

  1. Biasiswa Khas bernilai RM1,000.00 setahun bagi murid dengan pendapatan perkapita RM500.00 atau kurang.
  2. Biasiswa Kecil bernilai RM700.00 setahun bagi murid dengan pendapatan perkapita RM501.00 hingga RM2,000.00 sebulan.

Cara Memohon

  1. Borang permohonan serap diedarkan ke sekolah yang terlibat.
  2. Borang Permohonan Serap yang lengkap diisi dihantar berserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau pos.

Tarikh Mula Program

  • Tingkatan 1

Tarikh Tamat Program

  • Tingkatan 5

Biasiswa dibayar 2 kali setahun sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

CONTACT US

+603-7669 1100

DIRECTORY

HIGHLIGHTS

LATEST NEWS

View More
Yayasan Selangor
en_GB