Sekolah Terbaik Program HIPERS Sekolah Menengah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching terletak di Seksyen 5, Bandar Rinching, Semenyih Selangor. Barisan pengurusan sekolah ini diterajui oleh Encik Mohamad Sabri bin Satar. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching mempunyai bilangan guru seramai 151 orang dan jumlah murid berjumlah 2,428 orang.
Murid-murid di bawah Program HIPERS di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching telah menunjukkan prestasi yang amat baik dan cemerlang bila mana dalam peperiksaan SPM 2020, 100% murid HIPERS layak mendapat sijil SPM, 86% telah lulus semua mata pelajaran, 73% murid berjaya mencapai 4A dan ke atas, sekaligus mendahului pencapaian sekolah HIPERS yang lain.
Pengurusan Yayasan Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching, terutama kepada pengetua, Encik Mohamad Sabri bin Satar dan guru penyelaras, Puan Juriah binti Ibrahim diatas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh
murid-murid HIPERS.