Sekolah Terbaik Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Dengan Kerjasama Yayasan Selangor

Sekolah ini diterajui oleh Tuan Hj. Hamzah bin Husin selaku pengetua pertama yang telahpun bersara secara rasmi pada 30 April 2020. Memulakan pengambilan sulung murid-murid pada tahun 2016 dengan jumlah seramai 56 orang, 49 orang murid di sekolah ini layak diserap sebagai murid tajaan Yayasan Selangor namun hanya 41 orang yang kekal sebagai murid tajaan Yayasan Selangor sehingga ke tingkatan lima.

Murid-murid tajaan Yayasan Selangor di sekolah ini berjaya melakarkan kegemilangan dalam peperiksaan SPM 2020 yang lalu dimana 95.1% calon berjaya mencapai KPI 5A ke atas. Seramai 29 orang calon berjaya mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang SPM (pencapaian 8A dan ke atas) pada sesi penganugerahan kali ini. Jumlah ini adalah merupakan jumlah murid paling ramai daripada sesebuah sekolah yang menerima anugerah pada tahun ini. Seorang daripada murid tajaan Yayasan Selangor di sekolah ini juga di sebagai Pelajar Terbaik Aliran Agama iaitu saudara Nazif Adnin bin Maisam.

Pengurusan Yayasan Selangor merakamkan ucapan syabas, tahniah dan terima kasih kepada warga MITS Sepang terutamanya kepada pengetua, Puan Siti Noridah binti Tohiron, guru penyelaras Yayasan Selangor, Cik Nur ‘Amira Nadia binti Azman serta mantan guru penyelaras Encik Amirul Amin bin Muslim di atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh murid-murid sekolah ini dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Syabas dan semoga kejayaan yang dicapai ini dapat dipertingkatkan lagi di masa yang akan datang.

2022-01-06T09:59:20+08:00
Yayasan Selangor
en_GB