Pelajar Terbaik Sijil Menengah Agama (SMA) &
Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ)

Cahayamata kepada pasangan suami isteri Encik Imran Hazimin bin Othman dan Puan Hasrinda binti Hashim ini mendapat pendidikan awal di SK Seksyen 1 Bandar Kinrara. Menyambung pengajian di MITS Kuala Langat dalam tingkatan 1, beliau berjaya khatam 30 juzuk ketika berada di tingkatan tiga.
Anak sulung daripada lima orang adik beradik ini merupakan seorang yang kidal namun bercita-cita untuk menjadi seorang doktor perubatan dan sedang berusaha keras untuk mencapai impiannya. Atas sifat kepimpinan yang ada pada dirinya, beliau dilantik oleh pihak Maahad sebagai pengawas sekolah dan Ketua Asrama Puteri bagi tahun 2021.
Beliau memperolehi keputusan terbaik dikalangan semua calon terdiri daripada pelajar tajaan Yayasan Selangor yang menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran bagi tahun 2020. Tahniah diucapkan kepada beliau dan semoga beliau berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 yang bakal diduduki pada bulan Mac 2022 nanti.