Pelajar Terbaik Keseluruhan & Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia
RKPYS Aliran Kebangsaan

Beliau merupakan cahayamata kepada pasangan suami isteri Encik Nanthakumaran a/l Rajoo dan Puan Sarata a/p Ramal. Mendapat keputusan UPSR yang cemerlang iaitu 5A, beliau meneruskan pembelajaran di peringkat menengah di SMK Jalan Empat semasa di tingkatan 1 dan diserap sebagai murid tajaan Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Dengan Kerjasama Yayasan Selangor.
Vithiyarupan sememangnya merupakan seorang murid yang gigih dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Ketika menuntut di tingkatan 4, beliau turut dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Tingkatan 4 Aliran Kebangsaan dalam Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2019.
Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik turut diterjemahkan dalam Peperiksan SPM 2020 dengan pencapaian straight A (9A, GPP 0.33). Keputusan cemerlang yang diperolehi ini melayakkan beliau dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM Aliran Kebangsaan dan seterusnya merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Yayasan Selangor bagi tahun 2020.
Kini, beliau sedang menyambung pengajian di Matrikulasi Banting dalam bidang Sains Tulen bagi merealisasikan hasrat dan cita-citanya di masa hadapan untuk menjadi seorang pakar perubatan. Beliau turut berpegang kepada motto ‘effort bets talent’.