KERJASAMA PROGRAM PENDIDIKAN ‘CODING’

PROFIL AGENSI :
MTDC merupakan satu agensi yang dimiliki penuh oleh Khazanah Nasional Berhad..
Program yang dicadangkan ini merupakan satu program perintis yang direka khas untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 & Tingkatan 4 berkaitan Teknologi Digital terutama dalam bidang pengekodan (Coding) melalui kelas kemahiran yang sistematik.
Yayasan Selangor akan menaja 20 orang pelajar AYSSB yang mengikuti program ini.
OBJEKTIF PROGRAM:
- Memberi peluang dan akses kepada pelajar dalam mempelajari dan mendalami pengetahuan berkaitan teknologi teras i4.0.
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dengan memberi pendedahan berkenaan penggunaan pengekodan, pengaturcaraan dalam teknologi.
- Memberi nilai tambah kepada pelajar sepanjang pengajian di bawah tajaan Yayasan Selangor.
- Menyediakan kemahiran kepada pelajar dalam pengekodan, pengaturcaraan dan rekabentuk digital yang boleh diguna pakai selepas tamat pengajian.
Untuk memberi inspirasi dan memupuk semangat menguasai teknologi di kalangan generasi muda di Negeri Selangor dengan menggunakan platform microbit yang diiktiraf diperingkat antarabangsa..