KERJASAMA PENAJAAN PELAJAR

PROFIL AGENSI :

Yayasan Raja Muda Selangor ditubuhkan pada 2003 oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan  Sharafuddin Idris Shah.  YRMS menawarkan khidmat kepada golongan belia di antara 18 hingga 29 tahun dalam memenuhi impian mereka ke arah masa depan yang lebih baik dan cemerlang.

Ia dicapai melalui pelbagai program kemahiran, bengkel, program keusahawanan, khidmat kaunseling, bantuan kewangan asas, latihan professional dan lain-lain.

YRMS juga menawarkan tajaan pendidikan kepada pelajar-pelajar yang layak..Yayasan Selangor akan membuka peluang kepada pelajar di Asrama Pusat Yayasan Selangor yang berminat dengan bidang kemahiran

OBJEKTIF PROGRAM:

  1. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang-peluang pendidikan kemahiran.
  2. Pendedahan kepada pelajar yang meminati bidang kemahiran sebagai kerjaya masa hadapan.
2021-08-13T16:27:59+08:00
Yayasan Selangor
en_GB