PENAJAAN PELAJAR TAJAAN YAYASAN SELANGOR MENJALANI KURSUS ESEKUTIF HALAL – JAKIM

PROFIL AGENSI :

KUISCELL Sdn. Bhd. merupakan Anak Syarikat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang bertanggungjawab di dalam menjalankan program pensijilan Kursus Eksekutif Halal. Program Kursus Eksekutif Halal ini telah mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Merupakan   program tambahan dan sebagai ‘value added’ kepada pelajar-pelajar tajaan Yayasan Selangor yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di KUIS.

Objektif Program;

  1. Menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar di dalam industri halal.
  2. Memberi pengetahuan dan menambah kemahiran baharu agar lebih berpotensi untuk menceburi industri halal.
  3. Melahirkan lebih ramai Pegawai Eksekutif Halal yang kompeten dalam meningkatkan kemajuan ekonomi industri halal di negeri Selangor khasnya dan di Malaysia Amnya.

Peringkat awal perlaksanaan program akan ditumpukan kepada pelajar tajaan di KUIS dan akan diperluaskan kepada pelajar tajaan Yayasan Selangor di seluruh Institut Pengajian Tinggi.

2021-08-13T16:25:14+08:00
Yayasan Selangor
en_GB