PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE 64

Syarat Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua pelajar tajaan Yayasan Selangor tetapi terhad kepada maksima tiga(3) penyertaan  bagi setiap sekolah. Walau bagaimanapun, penganjur boleh mempertimbangkan tambahan penyertaan bergantung kepada bilangan penyertaan keseluruhan.
  2. Peserta hendaklah memberikan butir-butir diri yang berikut apabila menghantar penyertaan seperti di dalam pautan: https://forms.office.com/r/5cYUw6vp3Q
    1. Nama Penuh
    2. Nombor kad pengenalan
    3. Nombor telefon
    4. Alamat E-mel
    5. Nama sekolah/asrama
    6. ID Media Sosial
  3. Kandungan perlulah relevan dengan tema kemerdekaan, tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, agama, bangsa atau organisasi yang boleh mencetuskan sebarang isu tidak diingini.

Cara – Cara Penyertaan

  1. Peserta perlu Like, Follow & Subscribe Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube rasmi Yayasan Selangor melalui pautan:https://linktr.ee/yayasanselangor
  2. Menghasilkan Video Pendek bertemakan kemerdekaan sama ada bentuk Lakonan, Nyanyian, Puisi , Syair, Sajak. Rap atau lain-lain dan yang berkaitan dengan persembahan (Durasi maksimum video = 3 minit)
  3. Penyertaan video rakaman perlu dihantar ke alamat emel berikut : kke@yselangor.com

Tempoh Penyertaan

  1. Peraduan ini akan bermula pada 9 Ogos 2021   sehingga 27 Ogos 2021
  2. Pihak  Urus Setia Pertandingan berhak untuk mengubah tempoh pertandingan mengikut kesesuaian keadaan. Pihak penganjur akan mengemaskini sebarang maklumat jika terdapat perubahan tarikh pertandingan atau lain-lain perkara melalui laman web dan media sosial Yayasan Selangor.

Metodologi Penilaian

  1. Penilaian akan fokus terhadap video yang dapat menggambarkan Merdeka dengan penuh makna dan kreatif.
  2. Penilaian akan dilakukan terhadap setiap penyertaan yang diterima daripada peserta sebelum atau pada 27 Ogos 2021.
  3. 10 Peserta dengan markah tertinggi akan disiarkan videonya di laman Sosial Media Rasmi Yayasan Selangor

Panel Penilaian

  1. Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dilantik.
  2. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai
  3. Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan

Syarat Lain

  1. Segala maklumat berkaitan dengan peraduan ini seperti perubahan tarikh, perkembangan terkini boleh didapati di laman sesawang: www.yayasanselangor.org.my atau media sosial Yayasan Selangor.
  2. Yayasan Selangor sebagai penganjur mempunyai hak untuk menolak/menerima sebarang penyertaan tanpa memberikan sebab dan peserta tidak berhak untuk mendakwa Yayasan Selangor di atas apa-apa keputusan penganjur.
2021-08-09T15:14:30+08:00
Yayasan Selangor
en_GB