Apa Kata Naib Juara Pertandingan Video Pendek Merdeka anjuran Yayasan Selangor
Ayuni Amani Ahmad Zaki , SMK Bagan Terap.
1) Apakah sumber inspirasi anda untuk menghasilkan video ini ?
Saya sangat tertarik untuk menyertai pertandingan ini kerana pertandingan ini julung – julung kali diadakan dan saya mengambil peluang ini untuk menyertainya, begitu juga keluarga dan guru – guru sangat menggalakkan saya untuk menyertainya dan bimbingan yang mereka beri kepada saya untuk menjayakan video ini yang saya sebenarnya tidak sangka akan mendapat naib johan.
2) Adakah pertandingan ini dapat meningkatkan semangat kemerdekaan anda sebagai seorang pelajar ?
Ya, pertandingan ini sangat meningkatkan semangat kemerdekaan pada diri saya kerana saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang Negara Malaysia ini
3) Ucapan anda kepada Yayasan Selangor
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Selangor kerana dapat menjayakan pertandingan seperti ini dan berharap pertandingan seperti ini akan diadakan lagi.
Terima kasih Yayasan Selangor, Yayasan Selangor terbaik!
GURU PENYELARAS
Halimatul Saadiah Binti Mohd Imam Asmawi
1) Menerusi Pertandingan ini adakah ia dapat memupuk semangat kemerdekaan kepada pelajar?
Saya sangat setuju agar program ini diteruskan pada masa akan datang kerana ia begitu menarik minat pelajar untuk mencari info–info penting tentang kemerdekaan untuk menghasilkan satu video yang kreatif seterusnya menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan pelajar
2) Ucapan anda kepada Yayasan Selangor.
Saya sangat berbesar hati dengan pihak Yayasan Selangor kerana mengadakan pertandingan seumpama ini diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang. Banyak jasa bakti Yayasan Selangor kepada SMK Bagan Terap terutama dari aspek kelas bimbingan Yayasan Selangor ,seminar dan juga biasiswa kepada anak – anak Yayasan Selangor
Terima kasih Yayasan Selangor,Yayasan Selangor terbaik.