TAWARAN PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN INSURAN KENDERAAN DAN BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BAGI TAHUN 2027

 SEBUT HARGA YS/P/SH15/2026

1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) kod Perkhidmatan 221801 (Syarikat Insuran) atau 221802 (Broker Insuran) atau Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan Salinan Lesen Broker daripada Bank Negara Malaysia (BNM) ATAU Salinan Sijil Pendaftaran Ejen Korporat yang sah daripada Persatuan Takaful Malaysia (MTA) / Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebutharga seperti tajuk di atas serta maklumat berikut:

No. Sebut harga         : YS/P/SH15/2026
Tarikh pelawaan       : 10 NOVEMBER 2026
Tarikh Tutup              : 02 DISEMBER 2026

2. Dokumen Sebutharga    boleh   didapati di kaunter Unit Perolehan Yayasan Selangor setelah pembayaran secara ONLINE TRANSFER ke ACC MBSB Yayasan Selangor No. ACC 1005007100002680 berharga RM50.00 dan emelkan bukti pembayaran ke kewangan@yselangor.com & perolehan@yselangor.com , dokumen sebutharga akan diserahkan setelah emel diterima mulai 19 NOVEMBER 2026 pada waktu pejabat di:

Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7669 1226
Waktu    
Isnin-Khamis   : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.30 petang hingga 3.30 petang

3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut :

Mengenai Skop & Spesifikasi
1) En Muhammad Aqmar Farhan Muhamad Rosli
(03-7669 1191)
E-mel : farhan.rosli@yselangor.com

2) En Muhammad Naquib Najmi Mohd Nazri
(03-7669 1167)
E-mel : naquib@yselangor.com

Mengenai Dokumen Sebutharga
En Mohd Yazli Bin Kasmin
(03-7669 1225)
E-mel : perolehan@yselangor.com

4. Borang Sebutharga  yang  lengkap  hendaklah  menggunakan   sampul   surat dan   ditanda No. Sebutharga   YS/P/SH15/2026   di  bahagian   atas    sebelah   kiri   sampul    surat   dan dimasukkan  ke   dalam  Peti   Sebutharga  di  alamat  yang  sama  seperti di para 2  sebelum 02 DISEMBER 2026  jam 12.00 tengahari.

5. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen.

2026-11-10T09:37:49+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY