TAWARAN PERKHIDMATAN FIRMA JURUNILAI HARTANAH DAN BANGUNAN BAGI PENILAIAN ASET YAYASAN SELANGOR
SEBUT HARGA (YS/P/SH13/2026)
1. Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dibawah Kod Bidang 340403 Perkhidmatan Perunding (Bukan fizikal) – Penilaian Harta / Hartanah Dan Perakuan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH) yang masih sah bagi menyertai sebutharga seperti tajuk di atas serta maklumat berikut:
No. Sebut harga : YS/ P/SH13/2026
Tarikh pelawaan : 23 SEPTEMBER 2026
Tarikh Tutup : 20 OKTOBER 2026
2. Dokumen Sebutharga boleh didapati di kaunter Unit Perolehan Yayasan Selangor setelah pembayaran secaraONLINE TRANSFER ke ACC MBSB Yayasan Selangor No. ACC 1005007100002680 berharga 00 dan emelkan bukti pembayaran ke kewangan@yselangor.com & perolehan@yselangor.com, Dokumen sebutharga akan diserahkan setelah emel diterima mulai 05 OKTOBER 2026 pada waktu pejabat di:
Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7669 1226
Waktu
Isnin-Khamis : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
2.30 petang hingga 3.30 petang
3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut :
Mengenai Skop & Spesifikasi |
Pn Siti Rohamiza (03-7669 1233)
E-mel : rohamiza.zulkifli@yselangor.com |
Mengenai Dokumen Sebutharga |
Bahagian Perolehan (03-7669 1225/192/226)
E-mel : perolehan@yselangor.com |
4. Borang Sebut harga yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebut harga YS/P/SH13/2026 di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat di Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. sebelum atau pada 20 OKTOBER 2026jam 12.00 tengahari.
5. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen.