TAWARAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN SERTA LANDSKAP DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG BAGI TEMPOH 2 TAHUN (1 + 1)
SEBUT HARGA (YS/ P/SH20/2025 )
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia Kod Bidang 221001 (Pembersihan bangunan/ pejabat ) dan 221002 (Membersih Kawasan) yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebutharga seperti tajuk di atas serta maklumat berikut
No. Sebut harga : YS/ P/SH20/2025
Tarikh pelawaan : 23 DISEMBER 2025
Tarikh Tutup : 19 JANUARI 2026
2. Dokumen Sebutharga boleh didapati di kaunter Unit Perolehan Yayasan Selangor setelah pembayaran secara ONLINE TRANSFER ke ACC MBSB Yayasan Selangor No. ACC 1005007100002680 berharga RM50.00 dan emelkan bukti pembayaran ke kewangan@yselangor.com & perolehan@yselangor.com , dokumen sebutharga akan diserahkan setelah emel diterima mulai 09 JANUARI 2026 pada waktu pejabat di:
Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7669 1226
Waktu
Isnin-Khamis : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
3. LAWATAN TAPAK AKAN DIADAKAN PADA;-
Tarikh : 08 JANUARI 2026
Jam : 10.30 pagi
Tempat : LOBBY PEJABAT PENGURUSAN, ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG, JALAN RAYA BARAT, 41000 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
4. Penyebutharga hendaklah membawa COP RASMI SYARIKAT semasa menyertai lawatan tapak.
5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut :
Mengenai Skop & Spesifikasi |
1.En. Mohamad Fauzi Bin Ismail (03- 3373 4437) E-mel : fauzi.ismail@yselangor.com |
Mengenai Dokumen Sebutharga |
1.En. Idrus bin Mohamed Noor (03-7669 1215) E-mel : idrus@yselangor.com2.En.Mohd Yazli Bin Kasmin (03-7669 1225) E-mel : perolehan@yselangor.com |
6. Borang Sebutharga yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebutharga YS/P/SH20/2025 di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat yang sama seperti di para 2 sebelum 19 JANUARI 2026 jam 12.00 tengahari.
7. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen.