
Syarat Penyertaan
- Penyertaan adalah percuma.
- Penyertaan adalah secara perseorangan atau berkumpulan. Jika berkumpulan, hendaklah terdiri daripada empat orang pelajar dan mesti pelajar tajaan Yayasan Selangor.
- Peserta perlu Like, Follow & Subscribe Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube rasmi Yayasan Selangor.
- Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk video pendek sama ada lakonan, dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Kelebihan dan keutamaan pemenang diberi sekiranya berkait dengan Yayasan Selangor.
- Penyertaan tidak boleh menyinggung mana-mana pihak.
- Setiap individu/kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
- Penyertaan akan dibatalkan sekiranya mendapati karya diciplak/tidak asli.
- Keputusan panel juri adalah muktamad. Panel juri boleh membatalkan dan hadiah ditarik balik sekiranya mendapati karya tidak asli/diciplak.
- Penyertaan mesti berdurasi tidak lebih 3 minit dan saiz video 1080px X 1920px sahaja.
- Penyertaan perlu dihantar melalui emel ke kke@yselangor.com. Karya rakaman dan perlu dinyatakan butiran peribadi/kumpulan, perakuan dari pihak sekolah dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
- Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Sekretariat / Bahagian Komunikasi Yayasan Selangor di talian: 03- 7669 1240 / 1241 / 1210