Apa Kata Tempat ke-3 Pertandingan Video Pendek Merdeka anjuran Yayasan Selangor

Muhammad Hazrun Nazrin Bin Hazman,  Norhazri Hakimi,  Ahmad Zaquan  Saiful Azwan,  Adi Shahmi Kamarul Ariffin, Mohd Hanif Mohd Fauzi, SMK Dato’ Harun

1) Apakah sumber inspirasi anda untuk menghasilkan video ini ?

a) Saya mendapat inspirasi dengan abang – abang senior yang membuat vlog tentang tempat – tempat bersejarah.

b) Saya terinspirasi daripada untuk menghargai tempat – tempat bersejarah seperti di dalam video kami.

c) Saya pula mendapat inspirasi untuk membuat video kemerdekaan ini daripada rakan – rakan saya dan buku -buku sejarah yang pernah saya baca.

2) Adakah pertandingan ini dapat meningkatkan semangat kemerdekaan anda sebagai seorang pelajar ?

Ya, pertandingan ini membuatkan saya lebih bersemangat dan bangga menjadi warganegara Malaysia. Sebagai pelajar saya dapat menerima pelbagai ilmu semasa menghayati video ini.

3) Ucapan anda kepada Yayasan Selangor

a) Akhir sekali ucapan saya untuk Yayasan Selangor , terima kasih telah menaja saya , terima kasih telah memberi kami peluang dalam usaha memajukan diri supaya dapat menjadi murid yang cemerlang.

b) Ucapan saya kepada pihak Yayasan Selangor terima kasih telah menaja kami

c) Ucapan saya kepada Yayasan Selangor ialah terima kasih memberi kami semua peluang untuk berjaya.

d) Ucapan saya untuk Yayasan Selangor, saya harap Yayasan Selangor makin maju dan terima kasih memberikan kami peluang sebagai pelajar untuk mewakili biasiswa Yayasan Selangor.

Terima kasih Yayasan Selangor, Yayasan Selangor terbaik!

GURU PENYELARAS
Nurathikah binti Mohd Sajuti

1) Menerusi Pertandingan ini adakah ia dapat memupuk semangat kemerdekaan kepada pelajar?

Alhamdulilah menerusi program ini saya dapati murid – murid  tajaan Yayasan Selangor yang menyertai pertandingan ini didapati lebih bersikap patriotik dan cintakan tanah air selari dengan hasrat Yayasan Selangor sendiri lah untuk memupuk semangat kemerdekaan dalam diri pelajar.

2) Ucapan anda kepada Yayasan Selangor.

Alhamdulillah dan terima kasih Yayasan Selangor kerana telah menaja murid – murid Yayasan Selangor sehingga hari ini diharapkan Yayasan Selangor dapat terus maju.

Terima kasih Yayasan Selangor,Yayasan Selangor terbaik.

2022-10-07T09:50:02+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY