Apa Kata Juara Pertandingan Video Pendek Merdeka anjuran Yayasan Selangor
Nur Dini Najwa Halizam ,SMK ASSUNTA Petaling Jaya.
1) Apakah sumber inspirasi anda untuk menghasilkan video ini ?
Mula – mula saya ada niat untuk buat video ini tapi niat sikit tertangguh sebab waktu dah dekat nak exam , and than bila study dekat PSS cikgu ada cakap pasal pertandingan ini, jadi cikgulah yang cuba pujuk saya untuk buat video ini dan kawan pulak memang bagi support so kitaorang ambil masa dalam 3 hari untuk sama – sama siapkan video ini dan akhirnya tercapai jua.
2) Adakah pertandingan ini dapat meningkatkan semangat kemerdekaan anda sebagai seorang pelajar ?
Ya waktu menulis lirik semua tu dia dapat rasa patriotik makin bertambah dalam diri semakin kita tulis itu semakin kita mula faham apa yang cuba kita nak sampaikan.
3) Ucapan anda kepada Yayasan Selangor
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Selangor untuk tajaan dan hadiah yang diberi ini dan semoga terus maju membantu kami yang memerlukan.
Terima kasih Yayasan Selangor, Yayasan Selangor terbaik!
GURU PENYELARAS
NORNABILAH BINTI ZAINAL ABIDIN
1) Menerusi Pertandingan ini adakah ia dapat memupuk semangat kemerdekaan kepada pelajar?
Sememangnya membantu sangat memupuk semangat kepada student saya terutamanya adik Dini sendiri, yang berjaya menghasilkan sajak yang berkaitan kemerdekaan bersama rakannya dengan hasil bimbingan saya dan semangat mereka sendiri sempena bulan kemerdekaan yang diadakan di sekolah dan juga Yayasan Selangor.
Berbekalkan tanggungjawab saya sebagai guru perpustakaan , saya telah menyediakan sebuah bilik studio tv PSS sendiri sempena pembukaan studio PSS saya telah memujuk anak daripada Yayasan Selangor untuk menyertai pertandingan ini dan hasilnya adik Dini sendiri dan rakannya secara berkumpulan berjaya menghasilkan sebuah video di studio yang telah disediakan di PSS dengan bantuan guru pembimbing iaitu saya.
2) Ucapan anda kepada Yayasan Selangor.
Saya mengucapkan berjuta – juta terima kasih kepada Yayasan Selangor kerana sudi memilih SMK Assunta sebagai salah sebuah naungan mereka dan terutamanya telah memberi banyak bantuan kepada pelajar – pelajar SMK Assunta yang menerima Yayasan di mana terdapat ramai yang berjaya meninggalkan SMK Assunta dengan kenangan-kenangan dan juga pelbagai sumbangan daripada Yayasan sendiri sebagai contohnya kami telah berjaya menghasilkan beberapa orang penerima anugerah cemerlang peringkat sekolah terdiri juga daripada pelajar Yayasan sendiri contohnya kami telah berjaya menghasilkan beberapa orang penerima anugerah cemerlang peringkat sekolah terdiri juga daripada pelajar Yayasan. Saya harap Yayasan Selangor tidak pernah penat menolong anak – anak kami terutamanya walaupun semenjak PKP ini kami tidak menghantar banyak nama – nama yang memperolehi result kurang memuaskan tapi harap dapat membantu mereka ke tempat yang lebih bagus dan cemerlang lagi di masa hadapan
Terima kasih Yayasan Selangor,Yayasan Selangor terbaik.