Pelajar Terbaik Keseluruhan & Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia Sekolah RKPYS Aliran Agama


Muhammad Safwan bin Mohd Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Puchong Batu 14 daripada tahun 1 sehingga ke tahun sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Saujana Puchong ketika di tahun 5. Cahayamata kepada pasangan suami isteri En. Mohd Noor Bin Said dan Pn. Rosliza Binti Taarif Shah ini sememangnya cemerlang semenjak di peringkat sekolah rendah dengan pencapaian UPSR 5A dan Mumtaz dalam PSRA semasa menuntut di KAFA Sri Al Hatem.

Merupakan anak keenam daripada 7 orang adik beradik, beliau meneruskan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Agama Menengah Bestari ketika di tingkatan 1. Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik diterjemahkan sekali lagi dalam Pentaksiran Tingkatan 3 dengan pencapaian 13A (‘straight A’), manakala dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, beliau berjaya memenangi Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Yayasan Selangor melalui pencapaian gemilang 11A (9A+2A) dalam SPM.

Kebolehan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah apabila diamanahkan tugas sebagai Ketua Umum ketika di tingkatan 5. Dalam bidang kokurikulum, beliau turut tidak ketinggalan apabila terlibat menyertai Pertandingan Video ‘World Arabic Language Day’.

Bercita-cita sebagai seorang ‘data analyst’, beliau kini sedang melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat dalam bidang statistik di Ohio State University. Yayasan Selangor mengucapkan syabas dan tahniah di atas pencapaian gemilang beliau dan semoga Allah merahmati perjalanan hidupnya.

2022-01-10T10:51:27+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY