Guru Penyelaras Terbaik Program HIPERS Sekolah Rendah

Puan Fatimah binti Mamat telah berkhidmat sebagai Guru Penyelaras Program HIPERS selama 2 tahun, iaitu bermula dari tahun 2019 sehingga 2021. Beliau juga merupakan Guru Penyelaras Tahun 4 dan Penolong Penyelaras Badan Kebajikan dan KWAPM di SK Taman Bunga Raya 1. Seorang guru yang komited dengan segala tugas yang diamanahkan, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019. Kesungguhan beliau dalam memastikan murid – murid HIPERS cemerlang dalam pencapaian UPSR 2019 terbukti apabila tujuh orang murid dari SK Taman Bunga Raya 1 mendapat keputuan 6A dalam UPSR 2019.
Harapan beliau semoga murid – murid di SK Taman Bunga Raya 1 akan terus diberi peluang untuk menyertai Program HIPERS di bawah Tajaan Yayasan Selangor di masa akan datang.