Guru Penyelaras Terbaik Program HIPERS Sekolah Menengah

Puan Surihani binti Ismail merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa di SMK Taman Medan dan telah berkhidmat sebagai Guru Penyelaras Program HIPERS selama 3 tahun iaitu bermula dari tahun 2018 sehingga kini. Beliau yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik di SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang pada tahun 1989. Beliau menyambung pengajian dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling, UPM. Setelah tamat pengajian beliau ditempatkan di SMK Hamid Khan Ipoh, Perak. Pada bulan Jun 2000, beliau telah meneruskan perkhidmatan di SMK Taman Medan.

Seorang kaunselor yang lemah lembut tetapi tegas, juga merupakan seorang guru yang komited dengan segala tugas yang diamanahkan, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004 dan 2015 serta menerima Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang Tahun 2015. Kesungguhan beliau dalam memastikan murid – murid HIPERS cemerlang dalam pencapaian SPM telah terbukti apabila 64% murid mendapat keputuan 4A dan ke atas dalam SPM 2019.

Harapan beliau semoga Program HIPERS ini diteruskan pada masa hadapan kerana dengan adanya program ini, murid – murid akan bermotivasi untuk meneruskan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2022-01-06T10:00:21+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY