Sekolah Terbaik Program HIPERS Sekolah Menengah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching terletak di Seksyen 5, Bandar Rinching, Semenyih Selangor. Barisan pengurusan sekolah ini diterajui oleh seorang pengetua yang tegas dan berjiwa besar, iaitu Puan Saliha binti Mansor. Sekolah ini mempunyai bilangan guru seramai 154 orang dan jumlah murid berjumlah 2,307 orang.

Murid – murid di bawah Program HIPERS di sekolah ini telah menunjukkan prestasi yang amat baik dan cemerlang bila mana dalam peperiksaan SPM 2019, 100% murid HIPERS layak mendapat sijil SPM, 84% telah lulus semua mata pelajaran, 69% murid berjaya mencapai 4A dan ke atas sekaligus mendahului pencapaian sekolah HIPERS yang lain.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMK Bandar Rinching, terutama kepada pengetua, Puan Saliha binti Mansor dan guru penyelaras, Puan Juriah binti Ibrahim atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh murid – murid HIPERS.

2022-01-06T10:00:47+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY