Pelajar Terbaik Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran

Beliau dilahirkan pada tanggal 19 Ogos 2003. Merupakan puteri bongsu daripada 3 orang adik beradik, Syasya merupakan cahayamata kesayangan pasangan suami isteri En. Nordin bin Senin dan Pn. Rosnah binti Muhammad. Anak jati Batu 8 Ijok ini mendapat pendidikan awal di peringkat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Ijok sebelum menyambung pengajian peringkat menengah di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Klang.
Pencapaian cemerlang beliau dalam UPSR diteruskan lagi di peringkat menengah rendah dengan pencapaian 10A2B1D dalam PT3, sebelum memperolehi 8A3B dalam SPM dan merupakan salah seorang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang tahun 2020.
Beliau bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik, bahkan bergiat aktif di dalam bidang sukan dengan menjawat jawatan Pengerusi Kelab Bola Jaring dan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Beliau juga mendapat kepercayaan daripada pihak maahad untuk dilantik sebagai pengawas dan menjawat tugas sebagai setiausaha pengawas.
Berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk ketika berada di tingkatan 4, beliau kini menekuni bidang Pensijilan Tahfiz Darul Quran JAKIM-IIUM bagi tempoh 18 bulan sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Yayasan Selangor menghargai usaha beliau dalam menggapai cita-cita untuk menjadi seorang pakar optometris dan mendoakan kejayaan beliau di masa-masa yang akan datang.