PROGRAM KOLOBORASI YAYASAN SELANGOR DENGAN YAYASAN PENERAJU

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan sebuah agensi di bawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Jabatan Perdana Menteri.
Sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab di dalam pemberiaan inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.
Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.
Program koloborasi di antara Yayasan Selangor dengan Yayasan Peneraju boleh dilihat di dalam beberapa peringkat program yang dilaksanakan oleh Yayasan Selangor mempunyai kesamaan dengan program yang dilaksanakan oleh Yayasan Peneraju
Di antara bentuk kerjasama yang akan dilaksanakan dan ia merupakan satu bentuk bantuan kewangan tambahan – TOP UP oleh pihak Yayasan Peneraju di dalam senarai pelajar yang menerima bantuan kewangan Yayasan Selangor.
Di antara program kerjasama yang berpotensi;
- Program Pembiayaan Akademik
- Pembiayaan pendidikan untuk pelajar di institut pengajian tinggi yang berpendapatan isi rumah keluarga di bawah RM 4,000 dan dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti.
- Program – Kemahiran TVET
- Pembiayaan program kemahiran bagi meningkatkan kemahiran vokasional dan teknikal kepada pelajar-pelajar tajaan Yayasan Selangor
- Program – Professional
- Pembiayaan pensijilan profesional dalam perakaunan, kewangan, teknologi maklumat dan lain-lain.