PERTANDINGAN VIDEO PENDEK YAYASAN SELANGOR SEMPENA HARI KEBANGSAAN YANG KE 65

Syarat Penyertaan
i. Terbuka kepada semua sekolah di bawah tajaan Yayasan Selangor tetapi terhad kepada satu (1) penyertaan bagi setiap sekolah. Walau bagaimanapun, penganjur boleh mempertimbangkan tambahan penyertaan bergantung kepada bilangan penyertaan keseluruhan.
ii. Setiap sekolah hendaklah memberikan butir-butir seperti yang berikut apabila menghantar penyertaan:
a. Nama Sekolah
b. Nama peserta (Setiap peserta serta Guru bimbing)
c. Nombor kad pengenalan
d. Nombor telefon ( Guru Bimbing )
e. Alamat E-mel ( Guru Bimbing )
f. ID Media Sosial peserta
iii. Kandungan perlulah relevan dengan tema kemerdekaan, tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, agama, bangsa atau organisasi yang boleh mencetuskan sebarang isu tidak diingini.
Cara – Cara Penyertaan
i. Peserta perlu Like, Follow & Subscribe Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan Youtube rasmi Yayasan Selangor.
ii. Menghasilkan Video Pendek bertemakan kemerdekaan sama ada bentuk Lakonan, Nyanyian, Puisi , Syair, Sajak. Rap atau lain-lain dan yang berkaitan dengan persembahan (Durasi maksimum video = 3 minit) saiz video Potrait 1080px X 1920px sahaja.
iii. Peserta akan emel rakaman ke : merdekays2022@yselangor.com
Tempoh Pertandingan
i. Pertandingan ini akan bermula pada 1 Ogos 2022 sehingga 20 Ogos 2022 . ( Tarikh Penyertaan dilanjutkan ke : 25 Ogos 2022 )
ii. Pihak Urusetia Pertandingan berhak untuk mengubah tempoh pertandingan mengikut kesesuaian keadaan.Pihak penganjur akan mengemaskini jika terdapat perubahan tarikh peraduan pada laman web dan media sosial Yayasan Selangor
Metodologi Penilaian
i. Penilaian akan fokus terhadap video yang dapat menggambarkan Merdeka bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama dengan penuh makna dan kreatif.
ii. Penilaian akan dilakukan terhadap setiap penyertaan yang diterima daripada peserta sebelum atau pada 21 Ogos 2022.