KENYATAAN SEBUTHARGA

TAWARAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK DI DEWAN MAKAN KEM BINA SEMANGAT,
KUALA KUBU BHARU MILIK YAYASAN SELANGOR

SEBUTHARGA (YS/ P/SH18/2019)

1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Yayasan Selangor dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Kod Bidang 040103 (Makanan Bermasak (Islam)) serta mempunyai kepakaran dan berpengalaman di dalam bidang berkaitan seperti tajuk di atas serta maklumat berikut:

No. Sebutharga     :  YS/ P/SH 18/2019
Tarikh pelawaan    : 31 OKTOBER 2019
Tarikh Tutup           : 20 NOVEMBER 2019

2. Dokumen Sebutharga berharga RM 50.00 boleh didapati mulai (12 NOVEMBER 2019) di:

Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Waktu  :
Isnin-Khamis   :   9.00 pagi hingga 12.00 tengahari   |  2.30 petang hingga 4.00 petang.
Jumaat             :    9.00 pagi hingga 11.30 pagi           |   3.00  petang hingga 4.00 petang

LAWATAN TAPAK AKAN DIADAKAN PADA;-

Tarikh        :  11 NOVEMBER 2019
Jam           :   11.00 PAGI
Tempat      :  PEJABAT KEM BINA SEMANGAT, KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN.

3. Penyebutharga hendaklah mengemukakan SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT DAN SIJIL-SIJIL BERKAITAN (tidak dikembalikan) serta COP RASMI SYARIKAT semasa menyertai lawatan tapak.

4. Hanya pemilik syarikat ATAU Wakil yang dibenarkan secara bertulis sahaja yang layak untuk menghadiri lawatan tapak. Kegagalan menghadiri lawatan tapak bererti syarikat TIDAK LAYAK untuk membida.

5. Borang Sebutharga yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebutharga YS/P/SH18/2019 di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat yang sama seperti di para 2 sebelum / pada 20 NOVEMBER 2019 jam 12.00 tengahari.

 

2019-10-31T00:16:26+00:00
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!