KENYATAAN SEBUTHARGA

TAWARAN   PENDAFTARAN PANEL PEGUAM  YAYASAN SELANGOR BAGI TEMPOH  2 TAHUN

SEBUTHARGA (YS/ P/SH06/2020)

1. Tawaran adalah dipelawa kepada firma-firma guaman yang berminat dan berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia ATAU KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Kod Bidang 221103 (Khidmat Guaman) bagi menyertai  Perkhidmatan Perunding  sebagai Panel Peguam di Yayasan Selangor :

No. Sebutharga     :  YS/ P/SH06/2020
Tarikh pelawaan    : 3 OGOS  2020
Tarikh Tutup           : 3 NOVEMBER 2020

2. Firma Guaman yang berminat  sebagai Panel Peguam Yayasan Selangor hendaklah mengisi lengkap Borang Keterangan Mengenai Firma Guaman  dan lampiran A, B, C serta  mengemukakan  dokumen – dokumen  berikut :

  • Profail lengkap Firma Guaman bagi tahun 2020
  • Salinan sijil Amalan Guaman bagi setiap peguam yang beramal di bawah firmapeguam bagi  tahun 2020.
  • Salinan Insuran Tanggung Rugi Profesional bagi tahun 2020
  • Senarai pengalaman kes litigasi/korporat/conveyancing yang pernah diuruskan
  • Senarai “Citation Of Reported Cases”

3. Borang Keterangan Mengenai Firma Guaman dan Lampiran   A,B,C,   boleh  didapati  mulai 4 OGOS 2020  secara   percuma   dengan     memuat  turun (download)  dari  laman sesawang   Yayasan   Selangor di www.yayasanselangor.org.my   dengan    mencetak    sendiri  kertas bersaiz   A4  dan hendaklah dicantumkan  dengan dawai kokot  (STAPLER) atau dibukukan.

4. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Undang-Undang Dan Setiausaha Syarikat Yayasan Selangor di  talian  03-7669 1244  pada waktu pejabat.

5. Dokumen-dokumen   yang  lengkap  hendaklah  menggunakan  sampul  surat  dan  ditandakan nombor sebutharga  di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga  pada atau  sebelum  3  NOVEMBER 2020  jam 12.00 tengahari di alamat :

Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03- 7669 1100   Fax : 03-7669 1236

6. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen.

7. Hanya Firma Guaman yang lulus proses Penilaian akan didaftar sebagai Panel Peguam Yayasan  Selangor.

Borang Keterangan Mengenai Firma Guaman:

Muat Turun

2020-08-04T01:41:14+00:00
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!