KENYATAAN SEBUTHARGA

TAWARAN  PENDAFTARAN PANEL PEGUAM  DI YAYASAN SELANGOR

SEBUTHARGA (YS/ P/SH 17/2019)

1. Tawaran adalah dipelawa kepada firma-firma peguam yang berminat dan berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Kod Bidang 221103 (Khidmat Guaman) bagi menyertai  Perkhidmatan Perunding sebagai Panel Peguam di Yayasan Selangor.

No. Sebutharga     :  YS/ P/SH 17/2019
Tarikh pelawaan    : 1 NOVEMBER  2019
Tarikh Tutup           : 20  NOVEMBER 2019

2. Firma Peguam yang berminat  sebagai Panel Peguam Yayasan Selangor hendaklah mengisi lengkap lampiran A, B, C, D, E  dan  mengemukakan dokumen- dokumen berikut :

2.1  Profail lengkap firma peguam bagi tahun 2019

2.2  Salinan sijil Amalan Guaman bagi setiap peguam yang beramal di bawah firma peguam bagi  tahun 2019.

2.3  Salinan Insuran Tanggung Rugi Profesional bagi tahun 2019

2.4  Senarai pengalaman kes litigasi/korporat/conveyancing yang pernah diuruskan (seperti Lampiran D)

2.5  Senarai “Citation Of Reported Cases” (seperti Lampiran E)

3. Lampiran A,B,C,D,E  boleh didapati  mulai   1 NOVEMBER 2019  secara  percuma  dengan  memuat  turun (download)  dari  laman  sesawang   Yayasan   Selangor    di   www.yayasanselangor.org.my   dengan    mencetak    sendiri  kertas bersaiz   A4  dan hendaklah dicantumkan  dengan dawai kokot  (STAPLER) atau dibukukan.

4. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Perundangan Yayasan Selangor di talian 03-7669 1244 di waktu pejabat.

5. Dokumen-dokumen yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditandakan nombor sebutharga di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga pada atau sebelum 20 November 2019 jam 12.00 tengahari di alamat :

Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

6. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen.

7. Hanya firma peguam yang lulus proses Penilaian akan didaftar sebagai panel peguam Yayasan Selangor.

LAMPIRAN A, B, C, D, E

 

2019-11-01T00:05:35+00:00
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!