KENYATAAN SEBUTHARGA

TAWARAN KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN SERTA LANDSKAP DI BANGUNAN  YAYASAN SELANGOR KAMPUNG BARU  KUALA LUMPUR BAGI TEMPOH 1 TAHUN + 1 TAHUN

SEBUTHARGA (YS/ P/SH 01/2020)

1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia Kod Bidang 221001 (Pembersihan bangunan/ pejabat ) dan 221003 (Mengangkat sampah) yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebutharga seperti tajuk di atas serta maklumat berikut :

No. Sebutharga     :  YS/ P/SH 01/2020
Tarikh pelawaan    : 14 JANUARI 2020
Tarikh Tutup           : 03 FEBRUARI 2020

2. Dokumen Sebutharga berharga RM 50.00 boleh didapati mulai ( 23 Januari 2020 ) di:

Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Waktu  :
Isnin-Khamis   :   9.00 pagi hingga 12.00 tengahari   |  2.30 petang hingga 4.00 petang.
Jumaat             :    9.00 pagi hingga 11.30 pagi           |   3.00  petang hingga 4.00 petang

LAWATAN TAPAK AKAN DIADAKAN PADA;-

Tarikh        : 22 Januari 2020
Jam           : 11.00 PAGI
Tempat      :Tingkat 9, Bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru, Kuala Lumpur

3. Penyebut harga hendaklah mengemukakan SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT DAN SIJIL-SIJIL BERKAITAN (tidak dikembalikan) serta COP RASMI SYARIKAT semasa menyertai lawatan tapak.

4. Hanya pemilik syarikat ATAU Wakil yang dibenarkan secara bertulis sahaja yang layak untuk menghadiri lawatan tapak.Kegagalan menghadiri lawatan tapak bererti  syarikatTIDAK LAYAK untuk membida.

5. Borang Sebut harga yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebut harga YS/P/SH 01/2020 di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat yang sama seperti di para 2 sebelum atau pada 03 FEBRUARI 2020 jam 12.00 tengahari.

5. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen.  Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen.

 

2020-01-14T07:16:52+00:00
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!