Tender & Sebut Harga 2022-03-29T11:35:33+08:00

TAWARAN TENDER & SEBUT HARGA

2102, 2024

TAWARAN PERKHIDMATAN INSURAN BANGUNAN DAN KENDERAAN YAYASAN SELANGOR BAGI TAHUN 2024 – NO. SEBUT HARGA (YS/ P/SH02/2024)

Februari 21st, 2024|

TAWARAN PERKHIDMATAN INSURAN BANGUNAN DAN KENDERAAN YAYASAN SELANGOR BAGI TAHUN 2024.  SEBUT HARGA (YS/ P/SH02/2024) 1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dibawah Kod Bidang 221801 (Syarikat Insuran) atau ... [ Read more ]

Tahun Perkara No. Sebutharga No Dokumen Nama Syarikat
2022 TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG

YS/P/T03/2021

19/21 KEMBARA CEKAL ENTERPRISE (AS0235720-T)
2022 PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR SABAK BERNAM

YS/P/T05/2021

13/14 KEMBARA CEKAL ENTERPRISE (AS0235720-T)
2022 TAWARAN PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL BAGI TEMPOH 3 TAHUN DI YAYASAN SELANGOR

YS/P/SH05/2022

15/16 DINAS OPTIMA SDN BHD (811063-U)
2022 ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) TAWARAN PEMASANGAN SOLAR DI YAYASAN SELANGOR

YS/P/RFP01/2020

2/9 SURIA INFINITI SDN BHD (1018572-P)

PENDAFTARAN KONTRAKTOR / PEMBEKAL

Yayasan Selangor mempelawa syarikat-syarikat yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mendaftar sebagai Kontraktor / Pembekal bagi menyertai tawaran kerja dan bekalan di Yayasan Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran syarikat, sila hubungi di talian 03-7669 1100 sambungan 225.

SYARAT UTAMA
Pendaftran ini terbuka kepada semua syarikat / perniagaan yang diperbadanankan di Malaysia, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia dan atau CIDB

1.1 Pemilikan Tunggal
1.2 Perkongsian
1.3 Perusahaan (Enterprise)
1.4 Syarikat Persendirian & Awam Berhad
1.5 Firma / Badan-badan professional iaitu Firma Undang-undang, Akauntan, Juruukur, Jururunding dan Ejen Hartanah.

MAKLUMAT DAN DOKUMEN SYARIKAT / PERNIAGAAN
Syarikat yang ingin mendaftar perlu memberikan maklumat lengkap yang terkini dan telah disahkan seperti berikut :-

1.Penyata terbaru akaun bank. Nama pemegang akaun bank hendaklah  sama dengan nama  syarikat  yang memohon.

2.Salinan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia: Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera  (sekiranya ada)

3.Salinan Sijil Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB): Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

4.Salinan Sijil   Kontraktor  Kerja  Taraf  Bumiputera  Pusat  Khidmat  Kontraktor  (PKK)( sekiranya ada)

5.Maklumat SSM :-
-Syarikat Persendirian / Awam Berhad : Profail Syarikat
-Syarikat Perusahaan (Enterprise) : Maklumat perniagaan dan pemilik

TEMPOH SAHLAKU PENDAFTARAN
Pendaftaran syarikat hanya sah untuk tempoh DUA (2) tahun sahaja bermula daripada tarikh didaftarkan di Yayasan Selangor.

Pendaftaran semula /baharu boleh dibuat sebaik tempoh telah tamat.

Yayasan Selangor berhak menolak permohonan sekiranya maklumat yang dimajukan bercanggah dengan maklumat / rekod kementerian Kewangan Malaysia atau CIDB / PKK.

PERINGATAN
Syarikat yang ingin mendaftar perlu menjamin dan memastikan bahawa semua data, maklumat dan dokumen sokongan yang dikemukakan semasa pendaftaran dibuat adalah benar. Memalsukan atau memberikan maklumat atau dokumen meragukan akan menyebabkan pendaftaran ditolak atau dalam kes dimana kelulusan telah diberikan, akan mengakibatkan pembatalan serta merta. Yayasan Selangor akan mengambil tindakan sewajarnya kepada syarikat yang terlibat.

YAYASAN SELANGOR TIDAK MEMPUNYAI OBLIGASI UNTUK MENAWARKAN KONTRAK KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN YAYASAN SELANGOR.

ALAMAT DAN TALIAN UNTUK DIHUBUNGI
Bahagian Perolehan
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No. 18 Persiaran barat
46000Petaling Jaya
SelangorDarulEhsan.Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran syarikat , sila hubungi talian berikut : 03-7669 1100 sambungan 225.
CARA UNTUK MENDAFTAR
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi Borang Pendaftaran Kontraktor/Pembekal/Badan Profesional Yayasan Selangor seperti berikut :-

    1. Muat turun (Download) borang pendaftaran di Laman Web atau datang ke Bahagian Perolehan Yayasan Selangor dengan mengisikan maklumat syarikat di dalam borang Pendaftaran Kontraktor / Pembekal / Badan Profesional serta melampirkan profail syarikat terkini yang telah disahkan.
    • Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pendaftaran.
    • Sebarang perubahan kepada syarat-syarat pendaftaran ini adalah hak mutlak Yayasan Selangor.

HUBUNGI KAMI

+603-7669 1100

DIREKTORI

HIGHLIGHTS

BERITA TERKINI

View More
Yayasan Selangor
ms_MY