Tender & Sebut Harga 2025-12-15T16:27:42+08:00

TAWARAN TENDER & SEBUT HARGA

2312, 2025

TAWARAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN SERTA LANDSKAP DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG BAGI TEMPOH 2 TAHUN (1 + 1)

Disember 23rd, 2025|

TAWARAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN SERTA LANDSKAP DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG BAGI TEMPOH 2 TAHUN (1 + 1) SEBUT HARGA (YS/ P/SH20/2025 ) 1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian ... [ Read more ]

Tahun Perkara No. Sebutharga No Dokumen Nama Syarikat
2025 TAWARAN PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BULANAN SECARA NON-KOMPREHENSIF SISTEM HAWA DINGIN DI BANGUNAN YAYASAN SELANGOR KAMPUNG BARU YS/P/SH11/2025 7/15 SENI MUAFAKAT ENTERPRISE (199703006122)
2025 TAWARAN BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR & MENGUJITERIMA KOMPUTER DESKTOP DAN KOMPUTER RIBA YAYASAN SELANGOR SECARA SEWA BELI BAGI 3 TAHUN YS/P/SH12/2025 7/17 HAYNIK HOLDING SDN BHD (200801033961)
2025 TAWARAN BAGI KERJA-KERJA MENAIKTARAF TANDAS WARDEN LELAKI DAN PEREMPUAN, TANDAS SURAU DAN DAPUR MASAK DEWAN MAKAN, LANDSKAP DAN PAPAN TANDA DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG YS/P/SH13/2025 40/62 SAUJANA SCREEN ENTERPRISE (001484627-W)
2025 TAWARAN BAGI KERJA-KERJA MENAIKTARAF TANDAS DAN BILIK DOBI PELAJAR LELAKI (BLOK PUTERA) DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG YS/P/SH14/2025 8/66 LOOD CONSTRUCTION (M) SDN BHD (467761-H)
2025 TAWARAN BAGI KERJA-KERJA MENAIKTARAF TANDAS DAN BILIK DOBI PELAJAR PEREMPUAN (BLOK PUTERI) DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG YS/P/SH15/2025 12/63 PERNIAGAAN YATIK (000961017-P)
2025 TAWARAN BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR PERABOT KATIL, TILAM DAN ALMARI DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG YS/P/SH16/2025 4/27 SNI ADVANCE RESOURCES SDN BHD (1360985-U)
2025 TAWARAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN SEMULA DAN SENGGARAAN ELEKTRIK SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG YS/P/SH17/2025 4/21 AJATECH SDN BHD (714019-X)
2025 TAWARAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA) DI BANGUNAN YAYASAN SELANGOR KAMPUNG BARU YS/P/SH09/2025 36/53

 

CAT EYE SECURITY SERVICES SDN BHD (200901004783)
2025 TAWARAN PERKHIDMATAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BULANAN SECARA NON-KOMPREHENSIF SISTEM HAWA DINGIN DI MENARA YAYASAN SELANGOR PETALING JAYA

YS/P/SH10/2025

8/17 SENI MUAFAKAT ENTERPRISE (199703006122)

PENDAFTARAN KONTRAKTOR / PEMBEKAL

Yayasan Selangor mempelawa syarikat-syarikat yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mendaftar sebagai Kontraktor / Pembekal bagi menyertai tawaran kerja dan bekalan di Yayasan Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran syarikat, sila hubungi di talian 03-7669 1100 sambungan 225.

SYARAT UTAMA
Pendaftran ini terbuka kepada semua syarikat / perniagaan yang diperbadanankan di Malaysia, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia dan atau CIDB

1.1 Pemilikan Tunggal
1.2 Perkongsian
1.3 Perusahaan (Enterprise)
1.4 Syarikat Persendirian & Awam Berhad
1.5 Firma / Badan-badan professional iaitu Firma Undang-undang, Akauntan, Juruukur, Jururunding dan Ejen Hartanah.

MAKLUMAT DAN DOKUMEN SYARIKAT / PERNIAGAAN
Syarikat yang ingin mendaftar perlu memberikan maklumat lengkap yang terkini dan telah disahkan seperti berikut :-

1.Penyata terbaru akaun bank. Nama pemegang akaun bank hendaklah  sama dengan nama  syarikat  yang memohon.

2.Salinan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia: Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera  (sekiranya ada)

3.Salinan Sijil Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB): Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

4.Salinan Sijil   Kontraktor  Kerja  Taraf  Bumiputera  Pusat  Khidmat  Kontraktor  (PKK)( sekiranya ada)

5.Maklumat SSM :-
-Syarikat Persendirian / Awam Berhad : Profail Syarikat
-Syarikat Perusahaan (Enterprise) : Maklumat perniagaan dan pemilik

TEMPOH SAHLAKU PENDAFTARAN
Pendaftaran syarikat hanya sah untuk tempoh DUA (2) tahun sahaja bermula daripada tarikh didaftarkan di Yayasan Selangor.

Pendaftaran semula /baharu boleh dibuat sebaik tempoh telah tamat.

Yayasan Selangor berhak menolak permohonan sekiranya maklumat yang dimajukan bercanggah dengan maklumat / rekod kementerian Kewangan Malaysia atau CIDB / PKK.

PERINGATAN
Syarikat yang ingin mendaftar perlu menjamin dan memastikan bahawa semua data, maklumat dan dokumen sokongan yang dikemukakan semasa pendaftaran dibuat adalah benar. Memalsukan atau memberikan maklumat atau dokumen meragukan akan menyebabkan pendaftaran ditolak atau dalam kes dimana kelulusan telah diberikan, akan mengakibatkan pembatalan serta merta. Yayasan Selangor akan mengambil tindakan sewajarnya kepada syarikat yang terlibat.

YAYASAN SELANGOR TIDAK MEMPUNYAI OBLIGASI UNTUK MENAWARKAN KONTRAK KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN YAYASAN SELANGOR.

ALAMAT DAN TALIAN UNTUK DIHUBUNGI
Bahagian Perolehan
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No. 18 Persiaran barat
46000Petaling Jaya
SelangorDarulEhsan.Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran syarikat , sila hubungi talian berikut : 03-7669 1100 sambungan 225.
CARA UNTUK MENDAFTAR
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi Borang Pendaftaran Kontraktor/Pembekal/Badan Profesional Yayasan Selangor seperti berikut :-

    1. Muat turun (Download) borang pendaftaran di Laman Web atau datang ke Bahagian Perolehan Yayasan Selangor dengan mengisikan maklumat syarikat di dalam borang Pendaftaran Kontraktor / Pembekal / Badan Profesional serta melampirkan profail syarikat terkini yang telah disahkan.
    • Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pendaftaran.
    • Sebarang perubahan kepada syarat-syarat pendaftaran ini adalah hak mutlak Yayasan Selangor.

HUBUNGI KAMI

+603-7669 1100

DIREKTORI

HIGHLIGHTS

BERITA TERKINI

View More
Yayasan Selangor
ms_MY