TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN
YAYASAN SELANGOR PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH
BAGI SESI 2 2019

Yayasan Selangor membuka Tawaran Pinjaman Pelajaran kepada  pelajar-pelajar yang mengikuti program peringkat Diploma dan Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) :-

Kelayakan pemohon:

  1. Pemohon / Ibu / Bapa lahir di Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun.
  2. Tidak menerima sebarang Pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau Luar Negara.
  3. Pengajian SEPENUH MASA sahaja.

Cara memohon:

  1. Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor boleh diperolehi seperti dibawah.
  2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan. Kegagalan pemohon melengkapkan butir-butir yang dikehendaki tidak akan diterima.
  3. Pengesahan taraf bermastautin hendaklah disahkan daripada pihak – pihak yang berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
  4. Borang yang telah lengkap diisi dan dilampirkan dengan salinan dokumen yang diperlukan hendaklah di hantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum 13 SEPTEMBER 2019.
  5. Sebarang pertanyaan, pengambilan dan penyerahan borang adalah seperti di alamat   berikut : –

Bahagian Pembiayaan Pendidikan
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-76691 188/237/162
Email: tajaan@yselangor.com


 

Borang Permohonan | Syarat-Syarat Permohonan

2019-08-14T03:15:25+00:00
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!