KENYATAAN SEBUTHARGA
Tawaran secara TERBUKA adalah dipelawa daripada SYARIKAT / PERSEORANGAN/ EJEN HARTANAH untuk membeli harta milik Yayasan Selangor seperti dibawah :
Bil |
Lokasi /Alamat |
Bil Unit/Lot |
Harga Serendah/ |
1. |
Kondominium Templer Impian , |
21 unit
|
RM188,734.00 |
2. |
Rumah Semi D Taman Malawati Jaya, |
2 lot |
RM250,000.00 |
3. |
Kondominium Puncak Ara, Damansara, |
14 unit |
RM401,214.24 |
4. |
Rumah Kedai Semenyih Sentral |
6 unit
|
RM390,998.00 |
5. |
Rumah Kedai Pasar Moden Rawang |
7 unit
|
RM266,440.00 |
6. |
Rumah Kedai Puncak Ara (Fasa 1 D) |
4 unit |
RM478,185.00 |
7. |
Rumah Kedai Puncak Ara (Fasa 1C) |
12 unit |
RM691,460.00 |
8. |
Rumah Semi D Templer Bestari, PTGC,Rawang, Selangor. |
2 lot |
RM1,000,000.00 |
9. |
Rumah Kedai Jalan Stesen , |
4 unit |
RM833,628.00 hingga RM893,826.00 |
1. TAKLIMAT PENJUALAN AKAN DIADAKAN PADA :-
Tarikh : 14 Januari 2021
Jam : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya
2. Dokumen boleh didapati dengan memuat turun (download) dari laman sesawang Yayasan Selangor di www.yayasanselangor.org.my secara percuma dengan mencetak sendiri kertas bersaiz A4 dan hendaklah dibukukan atau dicantumkan mulai tarikh seperti berikut :
a) Tender (YS/P/T01/2020) – 15 Januari 2021
b) Tender (YS/P/SH14/2020) – 15 Januari 2021
3. Penyebutharga/Petender yang berminat membida lebih dari satu (1) unit/lot hendaklah mengisi borang sebutharga / tender secara berasingan bagi setiap unit.
4. Borang Sebutharga /Tender yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat dan ditandakan nombor sebutharga/tender yang dibida di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga/Tender pada atau sebelum 17 FEBRUARI 2021 tengahari di alamat :
Bahagian Perolehan,
Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03- 7669 1100 Fax : 03-7669 1236
5. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai yang berikut :
Nama Pegawai |
Telefon |
Abdul Halim Bin Abdul Hafiz |
03-76691215 |
Idrus Bin Mohamed Noor |
03-76691226 |
6. Dokumen sebutharga/tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan.