KENYATAAN TAWARAN

Yayasan Selangor sebuah organisasi dibawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan memiliki Bangunan, Asrama, Kem Bina Semangat dan lot tanah seperti yang di nyatakan dibawah ingin mempelawa syarikat atau konsortium yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan berkelayakan dalam pemasangan bidang solar (Photovoltaic) bagi memberikan  cadangan bagi pemasangan solar dengan konsep FIT/NEM di lokasi-lokasi berikut:

Bil Lokasi Taklimat & Lawatan Tapak 
1 Menara Yayasan Selangor Petaling Jaya, No 18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tarikh: 09.12.2019
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat tingkat 14, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor.
2 Bangunan Yayasan Selangor Kampong Baru, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur. Tarikh: 10.12.2019
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat tingkat 9, Bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru, Selangor.
3 Asrama Yayasan Selangor Klang, Jalan Raya Barat, 41000 Klang, Selangor. Tarikh: 12.12.2019
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Asrama Yayasan Selangor Klang, Jalan Raya Barat, Klang, Selangor.
4 Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam, Jalan Raja Chulan, 45400 Sabak Bernam, Selangor. Tarikh: 13.12.2019
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam, Selangor.
5 Kem Bina Semangat, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor. Tarikh: 18.12.2019
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Kem Bina Semangat Kuala Kubu, Selangor.

Syarikat yang berminat hendaklah mengemukakan kepada Yayasan Selangor maklumat berikut;

1. Maklumat terperinci pemaju/syarikat dengan  mengemukakan senarai lembaga pengarah, pengurusan syarikat, Borang 24 & 49, dan Carta Organisasi.

2. Pengalaman syarikat di dalam pemasangan solar (Photovoltaic) Projek yang telah dan sedang dilaksanakan.

3. Cadangan pemasangan solar (Photovoltaic) yang ingin dilaksanakan dengan mengemukakan perincian projek seperti kos pemasangan, tempoh pulangan modal (ROI), jaminan produk, “time line” bagi projek termasuk kelulusan dari pihak berkuasa.

4. Keupayaan kewangan syarikat dengan mengemukakan 3 tahun terakhir Laporan Kewangan Syarikat yang telah diaudit dan juga 3 bulan akaun bank yang terakhir.

5. Surat Tunjuk Minat dan Dokumen cadangan bagi pemasangan solar dengan konsep FIT/NEM boleh dikemukakan  terus kepada  Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor, No. 18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan mulai 23 Disember 2019.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada En Idrus Bin Mohammed Noor (019-2549099)  atau Hj Abdul Halim Bin Abdul Hafiz  (03-76691215).

Syarikat yang berminat perlu mengemukakan tawaran cadangan bagi pemasangan solar dengan konsep FIT/NEM untuk pertimbangan Yayasan Selangor dan menghantarnya selewat-lewatnya pada 10 Januari 2020 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengahari ke Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor, No. 18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Yayasan Selangor tidak terikat kepada mana-mana cadangan dan bertanggungjawab untuk segala kos yang terlibat dalam penyediaan dokumen cadangan pembangunan ini. Keputusan yang dibuat oleh pihak Yayasan Selangor adalah muktamad.

 

 

2019-11-27T07:28:58+00:00
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!