PEMBERITAHUAN KEPADA PEMINJAM PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR (PELAJAR SEDIA ADA)
Dengan ini diumumkan kepada pelajar-pelajar peminjam Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor, mulai Januari 2018 pelajar dikehendaki menghantar salinan keputusan peperiksaan semester yang telah disahkan iaitu dalam masa tidak lebih 30 hari dari tarikh keputusan yang telah diisytiharkan oleh Universiti, Kolej atau Institusi (merujuk kepada Perjanjian Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor klausa 1(e) ) kepada Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor bagi proses pembayaran.
Pengesahan salinan keputusan peperiksaan mestilah ada nama, tandatangan dan cop rasmi jawatan. Senarai yang layak memberi pengesahan :-
- Pegawai Pendaftar/Bendahari Universiti atau Kolej Universiti, Kolej atau Institusi.
- Ketua Jabatan Kerajaan.
- Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional.
- Majistret, Peguam, Pesuruhjaya Sumpah
- Pegawai Daerah.
Salinan keputusan peperiksaan hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor ke alamat berikut :-
Pengurus Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
atau
Faks : 03 – 7954 1862 / 03 – 7954 1790
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor di talian 03-7955 1212 samb. 188/162