KENYATAAN TAWARAN SEWAAN

Yayasan Selangor sebuah organisasi dibawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan memiliki lot tanah seperti yang di nyatakan dibawah  ingin menjemput semua pemaju dan pengusaha aktiviti pertanian yang berminat dan berpotensi  untuk mengemukakan cadangan pembangunan kenyataan tawaran seperti berikut:-

Bil Lokasi Kenyataan
1 Kawasan Tanah PT 20307-20311  Mukim Serendah Daerah Hulu Selangor  yang berkeluasan 317  ekar Tawaran  Penyewaan/Pajakan  di Tanah PT 20307, 20308, 20309, 20310 & 20311 Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor, milik Yayasan Selangor untuk Pembangunan Agro/Akuakultur.
2 Kawasan Tanah PT 2924 Mukim Ulu Bernam, Daerah Hulu Selangor seluas 220 ekar Tawaran Penyewaan/ Pajakan sebahagian tanah di PT 2924 SKC-BRAP Mukim Ulu Bernam, Daerah Hulu Selangor, milik Yayasan Selangor untuk Pembangunan Agro/Akuakultur seluas 85 – 120 ekar dari keseluruhan 220 ekar

Individu, Syarikat dan Pemaju yang berminat hendaklah mengemukakan kepada Yayasan Selangor maklumat berikut;

  1. Maklumat terperinci pemaju/syarikat dengan mengemukakan senarai lembaga pengarah, pengurusan syarikat, Borang 24 & 49, dan Carta Organisasi.
  1. Pengalaman syarikat di dalam Pembangunan Agro/Akuakultur (Projek yang telah dan sedang dilaksanakan)..
  1. Cadangan pembangunan Agro/Akuakultur yang ingin dilaksanakan dengan mengemukakan perincian projek yang lengkap termasuk keluasan sewaan yang dikehendaki.
  1. Cadangan komersial dan pulangan kepada Yayasan Selangor samada dalam bentuk sewaan, pajakan atau perkongsian keuntungan.
  1. Surat Tunjuk Minat dan Dokumen Penawaran Penyewaan/Pajakan boleh dialamatkan kepada  Bahagian Pembangunan & Tanah (Agro), Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No. 18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (* U/P : Ketua Pegawai Eksekutif)  mulai tarikh iklan ini dikeluarkan.
  1. Syarikat Pemaju atau individu yang berminat digalakkan mengadakan lawatan tapak dengan memaklumkan kepada pihak Yayasan Selangor sebelum mengemukakan tawaran sewaan dan konsep Pembangunan Agro/Akuakultur.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada En Zaufit Bin Mohammed Isa (019-3883104)  atau Ar Hj Mohd Jamil Bin Idris (010-2450935)

Tarikh akhir penghantaran dokumen adalah sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Disember 2019 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari ke:

Bahagian Pembangunan & Tanah( Agro),
Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor,
 No. 18A, Persiaran Barat,
 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Yayasan Selangor tidak terikat kepada mana-mana cadangan dan bertanggungjawab untuk segala kos yang terlibat dalam penyediaan dokumen cadangan pembangunan ini. Keputusan yang dibuat oleh pihak Yayasan Selangor adalah muktamad.

2019-10-18T02:07:15+00:00
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!