KENYATAAN TAWARAN RFP (YS/P/RFP01/2020)

Yayasan Selangor sebuah organisasi dibawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan memiliki Bangunan, Asrama, Kem Bina Semangat dan lot tanah seperti yang di nyatakan dibawah ingin mempelawa syarikat atau konsortium yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan berkelayakan dalam pemasangan bidang solar (Photovoltaic) bagi “Request For Proposal” (RFP) pemasangan solar dengan konsep FIT/NEM di lokasi-lokasi berikut:

Bil Lokasi Taklimat & Lawatan Tapak 
1 Bangunan Yayasan Selangor Kampong Baru,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur
Tarikh: 02.09.2020
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat tingkat 9, Bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru, Selangor
2 Menara Yayasan Selangor Petaling Jaya, No 18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Tarikh: 02.09.2020
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat tingkat 14, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor
3 Asrama Yayasan Selangor Klang, Jalan Raya Barat, 41000 Klang, Selangor Tarikh: 03.09.2020
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Asrama Yayasan Selangor Klang, Jalan Raya Barat, Klang, Selangor
4 Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam, Jalan Raja Chulan, 45400 Sabak Bernam, Selangor Tarikh: 07.09.2020
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam, Selangor
5 BKem Bina Semangat, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor Tarikh: 08.09.2020
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Kem Bina Semangat Kuala Kubu baru, Selangor

Syarikat yang berminat hendaklah mengemukakan kepada Yayasan Selangor maklumat berikut;

1. Maklumat terperinci pemaju/syarikat dengan mengemukakan senarai lembaga pengarah, pengurusan syarikat, Borang 24 & 49, dan Carta Organisasi.

2. Pengalaman syarikat di dalam pemasangan solar (Photovoltaic) Projek yang telah dan sedang dilaksanakan.

3. Cadangan pemasangan solar (Photovoltaic) yang ingin dilaksanakan dengan mengemukakan perincian projek seperti kos pemasangan, tempoh pulangan modal (ROI), jaminan produk, “time line” bagi projek termasuk kelulusan dari pihak berkuasa.

4. Keupayaan kewangan syarikat dengan mengemukakan 1 tahun terakhir Laporan Kewangan Syarikat yang telah diaudit dan juga 3 bulan akaun bank yang terakhir.

5. Surat Tunjuk Minat dan Dokumen cadangan bagi pemasangan solar dengan konsep FIT/NEM boleh dikemukakan terus kepada  Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor, No. 18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan mulai 09 September 2020.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada En Idrus Bin Mohammed Noor (019-2549099) atau En Abdul Halim Bin Abdul Hafiz (03-76691215) 

Syarikat yang berminat perlu mengemukakan tawaran “Request For Proposal” (RFP) bagi pemasangan solar dengan konsep FIT/NEM hendaklah  menggunakan sampul surat dan ditanda Cadangan “Request For Proposal” (RFP) bagi pemasangan solar di Yayasan Selangor  dan menghantarnya selewat-lewatnya pada 29 September 2020 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari kepada Ketua Pegawai eksekutif Yayasan Selangor,  Bahagian Perolehan, Tingkat 14, Menara Yayasan Selangor, No. 18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Yayasan Selangor tidak terikat kepada mana-mana cadangan dan bertanggungjawab untuk segala kos yang terlibat dalam penyediaan dokumen cadangan pemasangan ini. Yayasan Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen. Keputusan yang dibuat oleh pihak Yayasan Selangor adalah muktamad.

 

2020-08-18T08:35:03+00:00
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!