PIAGAM PELANGGAN

Dasar Kualiti

Yayasan Selangor akan memastikan perlaksanaan operasi berjalan dengan sistematik berpandukan Dasar Kualiti yang berikut :-

Yayasan Selangor beriltizam untuk memberikan perkhidmatan pendidikan, pembiayaan pendidikan dan pengurusan harta yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan dan mencapai kepuasan pelanggan melalui perlaksanaan sistem pengurusan kualiti yang cekap dan berkesan serta penambahbaikan yang berterusan.

 

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk memberi sumbangan dan merencana pendidikan sepanjang hayat yang terbaik kepada anak-anak bangsa negeri selangor dengan mengamalkan budaya kerja yang berlandaskan formula 6m dan ditambah 11 nilai.

Ini berlandaskan perkara-perkara:

  • Menyediakan peluang kedua untuk pendidikan
  • Memberi bantuan pendidikan
  • Memberi kesedaran kepada generasi muda
  • Membantu melahirkan sumber manusia
  • Mendokong wawasan pendidikan kerajaan negeri
  • Mengadakan hubungan dan kerjasama yang baik dengan institusi pendidikan

 

Salinan Hak Cipta@Yayasan Selangor 2012. Semua Hak Cipta Terpelihara