DI POST-GRADUATE EDUCATION FAIR 2018, KAMI DI YAYASAN SELANGOR MENGGALAKKAN PENGAJIAN ANDA DIPERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH!

 

Yayasan Selangor akan turut sertai pameran di Post-Graduate Education Fair 2018!

 

Kami dengan seikhlas hatinya percaya bahawa Pendidikan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan anda. Oleh itu, kami bertekad menunaikan impian ini kepada anda!

 

Pameran ini melibatkan pelbagai institusi pengajian tempatan dan juga antarabangsa, dimana kami turut serta menawarkan pinjaman pelajaran di peringkat diploma dan ijazah. Yayasan Selangor juga turut menawarkan produk Free Tuition Online untuk anda!

 

3 Sebab utama kenapa anda perlu melawat Post-Graduate Education Fair 2018:

1)      Pendidikan adalah pelaburan yang mempengaruhi pendapatan anda. Dengan mendapatkan kelayakan menjangkaui diploma ataupun ijazah sarjana muda, anda lebih berpeluang ditawarkan pendapatan lebih tinggi di dunia korporat!

 

2)      Diploma dan ijazah sarjana muda kini adalah taraf kelayakan kemasukan. Demi peluang kenaikan pangkat kepada taraf pendapatan tinggi, kelayakan sepertimana yang ditawarkan di PGEF amat diperlukan!

 

3)      Pengajian tinggi kini juga dikira sebagai pengalaman! Dengan mencatatkan pengajian luar negara selama 3-tahun, anda juga kini dikelaskan calon berpengalaman antarabangsa untuk sesetengah majikan, dimana gaji anda juga dipengaruhi! Kesemua peluang ini ditawarkan di PGEF!

 

Jumpalah kami di gerai pameran 190B di Post-Graduate Education Fair 2018, pada 10 dan 11 Februari di Mid-Valley Exhibition Centre!

 

Daftarlah nama anda di pgef.asia dan anda tidak perlu berbaris sekurang-kurangnya 30 minit semasa mendaftar!

 

Salinan Hak Cipta@Yayasan Selangor 2012. Semua Hak Cipta Terpelihara