PDF Print E-mail

 

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

PERINGKAT DIPLOMA  BAGI TAHUN 2017

 

Yayasan Selangor membuka tawaran Pinjaman Pelajaran kepada pelajar-pelajar lepasan, SPM untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma dengan syarat-syarat dan kelayakan  seperti berikut  :-

 

Kelayakan pemohon  :

  1. Pemohon  merupakan   pelajar - pelajar   lepasan  SPM dan  keutamaan  diberikan kepada anak-anak Tajaan Yayasan Selangor.
  2. Pemohon mestilah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di dalam Negara,iaitu  tawaran  daripada  mana-mana  Institusi  Pengajian  Tinggi  Awam  (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih sahaja.
  3. Pemohon atau ibubapa pemohon mesti dilahirkan di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan sebelum 01 Februari 1974 atau telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun.
  4. Pemohon tidak menerima sebarang Pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau Luar Negara.
  5. Pengajian yang ditawarkan kepada pemohon mesti berstatus pengajian SEPENUH MASA sahaja. (Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) tidak layak memohon).

Cara memohon  :

  1. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman  Pelajaran Yayasan Selangor No. Siri: YS/PP (D)  bermula pada 12 Mei 2017 yang boleh diperolehi di Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor atau dengan melayari laman web rasmi Yayasan Selangor.
  2. Borang permohonan  hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan. Kegagalan pemohon melengkapkan butir-butir yang dikehendaki tidak akan diterima.
  3. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah DICETAK (PRINT) terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak-pihak yang berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
  4. Borang yang telah lengkap diisi dan dilampirkan dengan salinan dokumen yang  diperlukan hendaklah di hantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum atau pada 30 Jun 2017.
  5. Sebarang pertanyaan, pengambilan dan penyerahan borang adalah seperti di alamat   berikut:-

 

NO

BORANG

DOWNLOAD

1 BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN
2 SYARAT PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

 

Ketua Bahagian Pembiayaan Pendidikan

Yayasan Selangor

Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor

No.18A, Persiaran Barat

46000 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-7955 1212  samb. 188/162

Faks: 03-7954 1862

 

Salinan Hak Cipta@Yayasan Selangor 2012. Semua Hak Cipta Terpelihara