TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN (TAMBAHAN)

BAGI PEMEGANG PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR SEDIA ADA MENYAMBUNG PENGAJIAN DARI PERINGKAT  DIPLOMA  KE  IJAZAH BAGI SESI PENGAJIAN 2017

 

 

Yayasan Selangor membuka tawaran kepada pelajar-pelajar peminjam Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor sedia ada yang tamat pengajian di peringkat  Diploma ke Ijazah layak memohon Pinjaman Pelajaran Tambahan Yayasan Selangor bagi sesi Januari 2017 dengan syarat dan kaedah seperti berikut  :-

 

Kelayakan pemohon  :

 

  1. Pemohon merupakan peminjam Pinjaman Pelajaran sedia ada Yayasan Selangor di  peringkat  Diploma.
  2. Pemohon mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat  Ijazah  di IPTA / IPTS tempatan sahaja.
  3. Tempat terhad, keutamaan kepada  pemohon yang mencapai kelulusan akademik yang baik (CGPA 3.0 ke atas).

 

 

Cara memohon  :

  1. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Tambahan Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh diperolehi di Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor.
  2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dilampirkan dengan salinan dokumen yang  diperlukan dan hendaklah di hantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor.
  3. Tempat terhad dan keutamaan diberikan pada pemohon yang menghantar borang permohonan lebih awal (first come first serve).

 

Tarikh tawaran  :-

  1. Tawaran Pinjaman Pelajaran (Tambahan) ini dibuka mulai 9 Januari 2017 .

 

Sebarang pertanyaan, pengambilan dan penyerahan borang hendaklah di alamatkan  seperti berikut:-

Pengurus Pembiayaan Pendidikan

Yayasan Selangor

Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor

No.18A, Persiaran Barat

46000 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-7955 1212  samb. 153/188/162

Faks: 03-7954 1862

(Laman Web: http//www.yayasanselangor.org.my)

 

Salinan Hak Cipta@Yayasan Selangor 2012. Semua Hak Cipta Terpelihara