SEBARAN UMUM
LAMAN WEB YAYASAN SELANGOR

PENGAMBILAN PELAJAR KE TINGKATAN 1 TAHUN 2017 RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN YAYASAN SELANGOR

Kepada semua pelajar yang memenuhi syarat, permohonan kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 di bawah Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Selangor akan ditutup pada 01 Disember 2016.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Pemohon dan ibu bapa adalah Warganegara Malaysia dan
  • Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau;
  • Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 atau Pemastautin yang kini menetap di Negeri Selangor lebih 10 tahun
  • Mendapat keputusan 6A atau sekurang-kurangnya 4A 2B/2C (UPSR Tahun 2016)- lulus semua mata pelajaran (BM,BI,Matematik & Sains)
  • Pendapatan per kapita keluarga di bawah RM1,500
  • (Pendapatan per kapita = jumlah pendapatan ibu+bapa/ bilangan tanggungan(anak)
  • Sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit kronik

Cara memohon:

  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan kemasukan dan melampirkan dokumen yang diperlukan dengan lengkap serta menghantar permohonan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar (seperti tertera di bawah)
  • Borang permohonan kemasukan boleh diperolehi di kaunter Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau dimuat turun di laman sesawang www.yayasanselangor.org.my
  • Ibu, bapa atau penjaga yang tiada penyata gaji perlu melampirkan surat pengakuan pendapatan (borang boleh dimuat turun di laman sesawang www.yayasanselangor.org.my)
  • Pemohon,ibu, bapa atau penjaga yang lahir di luar Negeri Selangor perlu melampirkan surat pengesahan pemastautin lebih 10 tahun di Negeri Selangor (borang boleh dimuat turun di laman sesawang www.yayasanselangor.org.my)
  • Muat turun brosur pendidikan (untuk maklumat terperinci pengambilan pelajar)
  • Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.


SILA KLIK BORANG DIBAWAH UNTUK MEMUAT TURUN :-

NO

BORANG

DOWNLOAD

1 BORANG KEMASUKAN TINGKATAN 1 2017
2 BORANG PENGAKUAN PENDAPATAN IBU BAPA/PENJAGA
3 BORANG PENGESAHAN PEMASTAUTIN
4 BROSUR PENDIDIKAN


Penyerahan borang hendaklah dibuat di:

Dewan Menara Yayasan Selangor Petaling Jaya
Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No.18A, 
Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-7955 1212 samb 150, 154, 177, 216, 217

 

Salinan Hak Cipta@Yayasan Selangor 2012. Semua Hak Cipta Terpelihara