PERLAWANAN RAGBI TRADISI ANTARA VI MENENTANG MCKK BAGI MEREBUT PIALA YAYASAN SELANGOR EDISI KE-3 2013.

Kuala Lumpur, Victoria Institution, Sabtu 12 Oktober 2013, Perebutan Piala Yayasan Selangor edisi ke-3 2013 telah
dilangsungkan bagi meneruskan tradisi pertemuan pasukan ragbi di antara sekolah Victoria Institution(VI) dan Malay College Kuala Kangsar(MCKK). Perlawanan berprestij ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan khususnya dikalangan ahli keluarga pelajar yang turut hadir memeriahkan program tersebut. Pasukan MCKK yang mendapat didikan daripada seorang jurulatih import dari Fiji telah menjuarai kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu menerusi pasukan ragbi bawah-13 tahun dan pasukan ragbi bawah-16 tahun.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Encik Rosli Bin Ibrahim.  Walaupun program dilangsungkan dalam keadaan hujan, Pertandingan ragbi tradisi ini tetap bejaya dilangsungkan dengan jayanya. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan VI dan MCKK kerana telah berjaya mengadakan perlawanan ragbi  tradisi ini dengan penuh muhibbah dan semangat kesukanan yang tinggi.

 

Salinan Hak Cipta@Yayasan Selangor 2012. Semua Hak Cipta Terpelihara