TAWARAN BIASISWA PROGRAM A-LEVEL KYS INTERNATIONAL SCHOOL MELAKA (KYSIS) SESI OGOS 2013

TAWARAN BIASISWA

PROGRAM  A-LEVEL KYS INTERNATIONAL SCHOOL MELAKA (KYSIS)

 

SESI OGOS 2013

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, Yayasan Selangor dengan kerjasama Kolej Yayasan Saad International School (KYSIS) di bawah kelolaan KYS College Sdn. Bhd. ingin menawarkan biasiswa kepada 10 orang pelajar lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti Program A-Level kemasukan sesi Ogos 2013 melalui Yayasan Selangor.

Syarat minima permohonan :

- memperoleh A+ dalam sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran SPM.

KYSIS merupakan pilihan terbaik buat para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat A-Level berdasarkan kepada faktor-faktor seperti di bawah:

 

  • Kemudahan dan cara pembelajaran yang berteknologi tinggi untuk memastikan pelajar mendapat pengalaman dan keselesaan sewaktu proses pembelajaran.

  • Kelas dan mata pelajaran yang dijalanakan dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium dan bahasa pengantar di dalam kelas.

  • Pengalaman yang sangat menarik kepada setiap pelajar bagi menyesuaikan diri dengan situasi pembelajaran dan pengajaran yang baru sebelum mereka memasuki Universiti terkemuka di luar Negara.

  • Program kurikulum yang merangkumi Biologi, Fizik, Kimia, Sejarah, Prinsip Perakaunan, Matematik, Matematik Tambahan, Ekonomi dan Kemahiran Berfikir.

  • Pelbagai kemudahan rekreasi yang lengkap bagi aktiviti ko-kurikulum, termasuk gelanggang skuasy yang moden, padang ragbi, studio muzik, gelanggang bola jaring yang luas, sebuah auditorium berteknologi tinggi, amfiteater, dewan serbaguna, kolam renang bersaiz Olimpik dan terpanjang di Asia iaitu 50 meter dan 300 meter.

 

Sekiranya berminat, sila hubungi Pn. Sabariah Abdul di Bahagian Program dan Latihan Pendidikan Yayasan Selangor di talian 03-76691213 sebelum 5 September 2013.

Jabatan Pendidikan

Yayasan Selangor.

 

 

Salinan Hak Cipta@Yayasan Selangor 2012. Semua Hak Cipta Terpelihara